Kerajaan negeri ambil maklum keluhan pengunjung ke Pulau Kapas

news0003

Aduan daripada pengunjung berhubung kaedah pembayaran ke Pulau Kapas yang disifatkan membebankan orang ramai kini dalam perhatian kerajaan Terengganu.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya telah melakukan perjumpaan dengan pemegang taruh di Majlis Daerah Marang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Menurutnya, sebarang kesulitan akan diatasi secara berhemah selain tidak membebankan pelbagai pihak termasuk pemegang taruh yang mempunyai kepentingan berkaitan Pulau Kapas.

"Kerajaan negeri ambil maklum rintihan rakyat dan pengunjung ke Pulau Kapas seperti dibangkitkan menerusi media sosial.

"Saya juga ambil maklum soal harga tiket bot dan pembayaran yuran dicajkan dan setiap jalan penyelesaian akan dipermudahkan supaya pengunjung tidak terbeban.

"Setiap permasalahan prasarana seperti caj tempat letak kereta, penyediaan letak kenderaan tidak mencukupi, tandas rosak dan tidak bersih, fasiliti pulau yang perlu diperbaiki serta dinaik taraf selain tahap keselamatan akan diambil perhatian utama," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Razali berkata, pihaknya akan berhubung dengan kementerian berkaitan serta kerajaan Pusat untuk berbincang lebih lanjut mengenai tindakan susulan terbaik dicapai kelak.

"Alhamdulillah... kerajaan Terengganu ambil cakna mengenai isu ini. Kami menzahirkan terima kasih kepada pengunjung kerana memilih Pulau Kapas untuk datang bercuti beriadah bersama keluarga serta prihatin dalam menambah nilai fasiliti yang sedia ada," jelasnya.

Pada Sabtu lalu, seorang pemilik akaun Facebook, Farah Azianti meluahkan rasa kecewa apabila dikenakan banyak ‘tol’ daripada pihak berkuasa untuk pengunjung memasuki Pulau Kapas yang disifatkan mahal serta menyusahkan pelancong.

Menurut Farah, penyediaan fasiliti di kawasan peranginan itu juga kurang memuaskan termasuk parkir kereta tidak mencukupi serta keadaan tandas di Pulau Kapas tidak setara dengan caj dikenakan.

Hantaran itu turut mendapat reaksi netizen yang menggesa agar menambah baik perkhidmatan dan segala infrastruktur yang terdapat di pulau bertaraf antarabangsa tersebut.

-

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/277497/edisi/selangor-kl/kerajaan-negeri-ambil-maklum-keluhan-pengunjung-ke-pulau-kapas

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 9.00am - 6:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001232130
  • Kemaskini Terkini : Isnin 01 April 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.

Portal Rasmi Majlis Daerah Marang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY